Want your
own Fotopage?












 
:: AimaN & AmaLinA's FotoPage ::

By: MuMmY Aiman Amalina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Thursday, 22-Jan-2009 06:00 Email | Share | | Bookmark
Birthday Abah

 
 
 
 
Hari ni ialah hari jadi abah. Mummy berpakat dengan aiman dan na nak buat surprise party birthday untuk abah. Balik dari sekolah tengahari tu, mummy ambik aiman dan na kat tadika then terus pergi beli kek. Masa kat kedai kek tu, aiman dan na sibuk le pilih kek. Yang kelakarnya tu kedua-duanya pilih kek yang ada patung doraemon. Bila mummy kata tak boleh, na dan aiman siap merayu-rayu, kata abah suka makan kek yang ada kartun. At last mummy pun beli jugak le.

Birthday kek



Dalam perjalanan pulang, mummy siap pesan kat aiman dan na, jangan bagitahu abah pasal kek tu. Mmmmmm.......maka kedua-duanya jawab ok lah.....mummy. Petang tu, abah call. Aiman yang jawab....mmmmm apa lagi, terus je aiman bagitahu yang kat rumah ada kek. Hissss.......tak boleh pegang rahsia le......... . Bila abah sampai kat rumah, aiman dan na le yang paling sibuk. Siap pimpin tangan abah....... . Hari tu, selain kek, mummy sediakan le spaghetti.


kuah spaghetti


Spaghetti



Sibuknya aiman dan na.....nak potong kek



update la FP ni ksu.. dah berabuk !!!
rindus la..
Sat 18-Jul-2009 03:19
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
Add comment


Friday, 2-Jan-2009 06:14 Email | Share | | Bookmark
Main Layang-layang di Pantai cahaya Bulan

 
 
 
 
 
 
Sekarang ni musim angin kencang.....jadi bila ada kesempatan tu, terus je abah bawa Aiman dan Amalina main layang-layang kat tepi pantai. Bukan main excited lagi Aiman dan Na. Dalam perjalanan sibuk tanya bila nak sampai. Bila sampai je kat pantai, mmmm susah pulak le nak cari parking. Orang ramai....dan kebanyakannya bawa anak-anak bermain layang-layang.

Sayangnya mummy terlupa nak bawa kamera. Jadi terpaksa le ambil gambar dengan hp je.


Aiman sedang sibuk memilih layang-layang. Susah nak buat pilihan sebab banyak sangat jenis layang-layang yang dijual. Macam-macam bentuk dan warna layang-layang.





Iiiyyahhh....iiiyyaahhhhh......Aiman sedang menarik tali layang-layang. Sekejap je diajar abah cara-cara untuk bermain layang-layang, Aiman sudah pun boleh bermain sendiri.






Heroin mummy pula, masih memerlukan bantuan....maklum le pompuan. Tak cukup kuat tenaga untuk menarik layang-layang tu.



Layang-layang Aiman dan Amalina terbang tinggi di udara.


Care to comment?


Saturday, 29-Nov-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Konvokesyen Kali Kedua Tadika Bintang Khalis

 
 
 
View all 20 photos...
Majlis Konvokesyen Tadika Bintang Khalis bermula pada jam 9.00 pagi. Ia diadakan di Pustaka Al Zahra. Dalam majlis ni, Aiman dan Amalina terlibat dalam acara lakonan dan nyanyian berkumpulan.

Aiman dan jururawat mengangkat mat rempit yang konon-kononnya jatuh motor.



Aiman melakonkan watak sebagai doktor. Doktor Aiman sedang merawat seorang mat rempit yang kemalangan motor.





Aiman menyanyikan lagu 'ice cream' secara berkumpulan




Menyanyikan lagu 'rumah terbakar' secara berkumpulan



Aiman menerima hadiah tempat ketiga dalam pertandingan mewarna



Nyanyian berkumpulan terakhir ni sepatutnya disertai oleh Amalina. Mana Amalina ni ?????





Amalina tidak mahu keluar semasa dipanggil oleh para teacher. Puas dipujuk tapi Amalina tetap tidak mahu. Semasa kawan-kawan menyanyi, Amalina sempoi je dok di sofa.


Aiman bersama hadiah yang dimenanginya.



Amalina sempat berposing.




haaaa tu dia kak su... sekali hapdet ber entry2... laaaa bakpenya amalina sempoi je kat sofa tu.. muka x bersalah lok tu.. cayalah abg aiman kita.. kecik2 jadi doktor doh !!! congrats k su... anak2 mu kanak2 cemerlang.. keep it up children... Thu 1-Jan-2009 06:45
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
Add comment


Saturday, 22-Nov-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Berkelah di Lata Rek

 
 
 
View all 7 photos...
Pagi ni, kami sekeluarga ke Lata Rek kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara kawan abah. Terlanjur ke sana, dalam perjalanan pulang tu, kami singgah pula di kawasan air terjun Lata Rek.

Aiman dan Amalina begitu seronok bermain air....hinggakan ada adegan yang tutttt..........he he he....buang baju


Peringkat permulaan.....lipat kaki seluar.....dan angkat sikit baju.... . Kat belakang sana ialah air terjun lata rek.




Seronoknya tengok Aiman dan Amalina main air.




Alahai seksinya Aiman dan Amalina



oooiiii.. ni adegan melampau nih !!! Thu 1-Jan-2009 06:48
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
Add comment


Wednesday, 19-Nov-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 7 photos...
Pagi-pagi lagi kami sekeluarga bertolak ke Seri Iskandar, Perak. Sepanjang perjalanan ke sana, hujan turun tak henti-henti. Mmmmm.....abah terpaksa bawa kereta agak perlahan. Hari tu, Aiman pula demam. Sebenarnya dalam mulut Aiman naik ruam merah. Kalau di Kelantan kita panggil 'nnepuh bibir'. Tekak pun merah. Jadi Aiman agak sukar untuk menelan makanan atau minuman dan juga tak mahu bercakap.

So, dalam perjalanan ke sana terasa terlalu sunyi sebab tak dengar langsung suara Aiman. Hanya Amalina je yang menyanyi-nyanyi dan bercakap. Jadi heroin le Amalina hari tu. Biasanya kalau dalam kereta, Aiman agak susah nak berhenti bercakap. Maklumlah dalam kategori banyak mulut le katakan.......... Bila ditanya, Aiman hanya akan mengangguk atau menggelengkan kepala. Itupun terpaksa pegang dagu. Kesian pulak mummy tengok.

Mummy sempat snap sikit je gambar. Tak de mood sebab hari hujan, susah nak berhenti ambil gambar. Keduanya sebab Aiman demam.


Aiman control macho...


Heroin mummy......siapa lagi.......Amalina le


Permata hati mummy.......


Gelagat Amalina dalam kereta semasa dalam perjalanan balik ke Kelantan







Care to comment?


Monday, 27-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri

 
 
 
View all 8 photos...
Majlis perjumpaan ibu bapa dan jamuan Hari Raya Aidil Fitri diadakan serentak pada Hari Deepavali iaitu pada 27 Oktober 2008. Aiman terlibat sama membuat persembahan iaitu membaca seloka. Sayangnya abah tak dapat hadir sama kerana pagi tu abah terpaksa ke Perak kerana ada seminar di sana. So, mummy je lah yang pergi.

Seminggu sebelum majlis ni, teacher Safar meminta mummy ajarkan Aiman seloka yang pihak tadika sediakan. Terkejut juga mummy sebab seloka tu agak panjang, dua muka surat. Mmmmm.......mummy pada mulanya agak ragu-ragu dengan kebolehan Aiman mengingat sebab Aiman ni....kalau kat rumah, agak susah sikit nak belajar. Setiap kali ajak mengingat, Aiman tak mahu sebab dah letih belajar di tadika katanya.

Alhamdulillah Aiman berjaya mengingati seloka tersebut dalam masa seminggu. Walaupun pada hari perjumpaan ibu bapa tersebut, ada juga sedikit tersekat-sekat, tapi kira ok sangat le....bravo...bravo....bravo Aiman. Abah ada berjanji dengan Aiman, kalau dapat hafal seloka dengan baik, abah akan beri hadiah. Bila tanya Aiman hadiah apa yang dia mahu, sekejap mahu kereta remote, sekejap nak play station, sekejap nak ps2.....hissshhhh macam-macam. Last-last kereta remote yang jadi pilihan.


Aiman sedang membaca seloka.


Inilah seloka yang perlu dihafal oleh Aiman.





Aiman menyanyikan beberapa buah lagu secara berkumpulan.


Pertandingan mewarna diadakan sementara ibu bapa berjumpa dengan tenaga pengajar Tadika Bintang Khalis.



Care to comment?


Wednesday, 22-Oct-2008 03:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis menghantar menantu

 
 
 
Majlis menghantar sepupu mummy ke rumah suami berlangsung pada keesokan harinya iaitu pada 4 Okt. Sebelah tengahari, kami semua bertolak ke Pengkalan Chepa.


Care to comment?


Tuesday, 21-Oct-2008 03:00 Email | Share | | Bookmark
Perkahwinan Sepupu Mummy

 
 
 
View all 4 photos...
Hari Jumaat 3 Oktober berlangsungnya majlis perkahwinan sepupu mummy di Salor.Sepupu mummy ni namanya Siti Saharah. Mummy panggil Sarah je. Pasangannya bernama Nik Azmil Badrulshah. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat......insyaAllah. Gambar Aiman dan Amalina tak sempat mummy snap sebab masa sampai tu, hari hujan dan cam nak ribut je. So...sampai je di rumah pengantin, terus makan. Then mummy pergi jumpa pengantin jap. Aiman dan Amalina ada di luar rumah dengan abah. Sebaik saja nak balik, pengantin lelaki pula sampai. Jadi empat le mummy snap sekeping dua gambar pengantin tu.


Pasangan pengantin


Pelamin


Barangan hantaran pengantin perempuan

Tumpang tuan rumah

Assalammualaikum semua,
Bagi mereka yg sedang mencari Bunga Pahar, Gubahan Hantaran, Souvenir utk Majlis Perkahwinan, Pertunangan dan lain-lain

Tempahan masih lagi dibuka sepanjang tahun ini.....Murah sahaja sesuai dengan budget anda...

Jengah la:
http://norziziezyanie.fotopages.com

Gubahan Hantaran | Sirih Junjung | Bunga Pahar | Gift Door | Acar Buah

Sat 20-Dec-2008 01:44
Posted by:Zilah  - [Link]
Add comment


Monday, 20-Oct-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2008

 
 
 
View all 10 photos...
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ni disambut secara sederhana saja. Tak banyak gambar yang sempat mummy snap sebab entah le......mungkin sebab tak de mood kot. Walau apa pun, sebagai tidak menghampakan abah yang beriya-iya nak panggil adik-beradik abah makan-makan kat rumah, mummy gagahkan juga memasak. Buat rumah terbuka pada hari raya kedua tapi sekeping gambar pun tak sempat mummy ambik sebab letih memasak. Untuk open house tu mummy masak nasi minyak, masak taucu, kari daging dan ayam masak kurma. Selain tu, mummy goreng makaroni.

Hari raya keempat pula sekali lagi buat open house tapi kali ni kami jemput kakak abah yang dok kat pasir mas bersama anak-anaknya yang kebanyakannya tinggal di Kuala Lumpur. So, malam tu mummy masak singgang daging, telur masak merah, taucu, daging goreng dan nasi putih je lah.


Pagi hari raya pertama, di rumah Mak.....Amalina melarikan songkok Aiman


Petang hari raya pertama, di rumah Umi.....Aiman makan sate dengan penuh berselera


Amalina dapat makan dodol...........yummmmyyyy


Suasana semasa open house





Care to comment?


Sunday, 19-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Sambutan Hari Keluarga 2008

 
 
 
View all 22 photos...
Majlis Sambutan Hari Keluarga pejabat abah Aiman dan Amalina sebenarnya diadakan pada 23 Ogos 2008 (Sabtu). Kiranya dah lepas le....baru ada masa nak update. Majlis diadakan di Permai Chalet yang terletak di Kg. Telong, Bachok. Tempat ni menghala ke Tok Bali. majlis bermula jam 8.00 pagi. So, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bertolak ke Permai Chalet.

Banyak acara yang disediakan seperti senamrobik, bola sepak, bola tampar, bowling padang, baling belon air, mencari telur penyu, berebut kerusi, isi air dalam botol, berebut gula-gula dan ada juga cabutan bertuah. Abah join main bola sepak. Mummy pula join main bola tampar.

Aiman, Amalina and the gang ada agenda tersendiri. Seronok tengok dia orang bermain.


Main pasir


Mewarna


seronoknya main gelungsur simen


eeyahhh...eeyyaaahhh cam mana nak naik ni ????


Akhirnya....Aiman berjaya jugak naik selepas berhempas pulas mencuba


Suasana semasa sambutan Hari keluarga



Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.