Want your
own Fotopage?












 
:: AimaN & AmaLinA's FotoPage ::

By: MuMmY Aiman Amalina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 7 photos...
Mummy perhatikan Aiman ni memang suka menulis. Sepanjang hari ni, Aiman asyik menulis sambil tengok tv. Jom tengok apa yang Aiman tulis.

Tekunnya Aiman. Alhamdulillah.....



Ini lah hasilnya... . Ok la tu untuk umur 4 tahun.



Tapi yang kelakarnya bila Aiman tunjuk bakat seni lukisnya....

Aiman kata, ni sudu..........


Ni speedboat..........


Ni angka 2..........


Ni pula angka 3, huruf A dan B..........


inilah kenangan2 yg tak akan hilang bila dah diabadikan kat fp ni.. kalau buku2 / kertas2.. tak lama lagi sure akan hilang gitu je.. lawak la aiman ni.. tp unique. utk bdk 4 thn.. ok sgt2 doh tulisan yg tracing tu kak su.. rafeeq dulu2 lagi la kaku rasanya Sat 5-Apr-2008 06:40
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
hahahaaaaaaa.......mummy aiman.....jgn buang lukisan tu,,,,,,,,framekan....simpan baik=baik.....20thn lagi lukisan tu jadi kenangan indah si aiman.......silap=silap kalau jual laku puluhan ribu......hahaaaaa Sat 5-Apr-2008 07:54
Posted by:Abah along  - [Link]
>> tak apa...
>> biarkan kreativiti dia...
>> sekurang kurangnya ini akan menjana minda bila mereka aktif dan kreatif sebegini...
Sat 5-Apr-2008 16:50
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Friday, 28-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Makan-makan @ rumah mama

 
 
 
View all 21 photos...


Hari ni mummy berpakat dengan che su (adik bongsu mummy) buat makan-makan kat rumah mama. Kebetulan cuti bersalin che su dah nak habis....dan che su akan balik ke Kuala Lumpur. So....mummy masak soto ayam dan spaghetti. Che su pula buat puding triflle.




















Anakku Aiman, malam tu Aiman merajuk. Haa.....tengok gambar tu. Aiman dok tengoh merajuk bila mummy marah sebab apa ..? Mummy pun tok ingat le sebab apa.



Bila mummy pujuk sambil usik-usik Aiman..., Aiman mula le malu-malu.


Haaa......Aiman dah ok dah....yippie yippie......


Anakku Amalina, birthday Na dah lepas sebenarnya dan kita pun dah raikan kat KFC Kuala Terengganu hari tu. Tapi Na asyik tanya mummy mana kek hari jadi Na sebab masa kat KFC hari tu,cuma makan ayam je.....keknya tak de, kuang kuang kuang. So Che Su pun belanja le kek untuk Na dan Aiman. Malam tu, dapat le Na dan Aiman potong kek.



Ini le kek harijadi Na dan Aiman.


sodapnya...hidangan che su nie!!!terliur den membaca menunya... Thu 3-Apr-2008 15:50
Posted by:idzwanjunaidi globalinterway@yahoo.com  - [Link]
Banyaknya menu..semuanya yummy.. Thu 3-Apr-2008 15:51
Posted by:masriyah  - [Link]
alamak kak su.. sedapnya semua makanan tu.. x jepuk doh kita ni
kek aiman & na pun napok sedap kaler ceklat...
p/s : bekalan beras serindit kehabisan doh la... tadop doh agent nok tulong beli..
Sat 5-Apr-2008 01:27
Posted by:ummirafeeq  - [Link]
Add comment


Thursday, 27-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
::Ustazah Amalina::

 
 
 
View all 6 photos...
Gambar ni diambil minggu lepas. Masa tu ada jiran ajak ke majlis maulidurrasul. Mummy suruh Amalina pakai tudung untuk ke majlis tu. Tapi Amalina tak mahu pakai. Puas mummy pujuk tapi tak jalan gak. Akhirnya mummy ugut sikit, kalau tak pakai tudung tak leh ikut mummy.....maka Amalina pun pakai le tudung tu. he he he....menjadi gak idea mummy ni.

Pagi tu, sebelum ke majlis di rumah jiran, mummy mandikan Aiman dan Amalina dulu. Then, mummy gi jemur kain dan pesan suruh pakai baju sendiri. Lepas jemur kain, mummy tengok Aiman dan Amalina dan siap pakai baju....tapi Amalina ni.....kuang kuang kuang.....sekali pakai baju terbalik daaaa........bahagian depan jadi bahagian belakang, bahagian belakang jadi bahagian depan.



Ini le ustazah Amalina



Then...kata Amalina...., "Mummy thaya nok bowok anok thaya....takut dia teriok kalau tok bowok. Ini le anok Amalina tu.....





MasyaAllah ......Ustazah Amalina........menggerunkan le tengok ustazah ni senyum....he he he...


comelnya ustazah.. geram aunty tgk.. especially masa pakai baju terbalik depan belakang tu..
sokmo pakai P!NK amalina ni.. kekgi gigi pun jadi P!NK baru tauuuuuuu
Wed 2-Apr-2008 14:47
Posted by:ummirafeeq
comelnya ustazah.. geram aunty tgk.. especially masa pakai baju terbalik depan belakang tu..
sokmo pakai P!NK amalina ni.. kekgi gigi pun jadi P!NK baru tauuuuuuu
Wed 2-Apr-2008 14:48
Posted by:ummirafeeq
eeee...takutnya che za dgn ustazah ni...bisa tak tidur malem gue...heheheeee Wed 2-Apr-2008 15:28
Posted by:Che Za  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 17-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Payung Ultraman

 
 
 
View all 6 photos...
Aiman sekarang ni tengah minat kat ultraman. Jumpa saja barang-barang yang ada gambar ultraman....siap le. Bahaya tu.......kalau barang tu murah, takpa le....kalau barang tu mahal ????

Gambar ni diambil sebaik sahaja lepas beli payung otomen.....



Ni pula bergambar depan MSU, universiti tempat Kak Izzah belajar.



Gambar ni pula diambil di Masjid Gua Musang. Masa tu hujan lebat. Apa lagi sibuk le nak keluarkan payung otomennya tu. Pada hal Aiman dok kat ruang parking lot......tak kena hujan pun.



Bila Aiman terperasan mummy ambik gambar, cepat-cepat Aiman melarikan diri.....kuang kuang kuang


>> cewah...
>> payung pun ada yang ultraman sekarang...
Mon 24-Mar-2008 16:18
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
bukan stakat aiman.... anak teruna kat rumah ni pun sama. CD ultraman tak usah crita laaa.. ingat sbutir2. stakat ni dah ada 3 helai baju ultrman. First tshirt beli kat rntau pjg.... RM12.hari2 nk pakai. Baju tok de kering lagi suruh ambik doh. balik TMerah, gi beli kat pasar... mahal skit.RM14.beli 2 helai. Jadi gak, hari2 duk rotate baju 3 helai tu laaa... Siap pesan ko mama, "Mama basuh slalu la baju abe long, cepat skit kering... Wed 26-Mar-2008 15:55
Posted by:cik azu ayulandari47@yahoo.com
Assalamualaikum Su....
Amboi...terasa feeelliiiiiinggggg abis dengar lagu ni...ni tengah terlentok kat cni...apa pun...dahsyat doh member kita ni....camana nak wak? ajor kekt....nok letok lagu ultraman tigaaa....hahahahaaaaaa....dok pung doraemong....
Sun 30-Mar-2008 03:26
Posted by:Za  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 15-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia (Day 3 - Part 2)

 
 
 
Lepas jalan-jalan kat Zoo Negara, kami ke Carrefour Ampang untuk solat dan makan-makan. Kami singgah di JM Beriani. Boleh tahan jugak nasi beriani kat sini.

Semua orang sibuk makan....Aiman sorang je sibuk main belon ultraman.




Aiman bersama abah.

Care to comment?


Saturday, 15-Mar-2008 10:00 Email | Share | | Bookmark
Apa Jadi bila dah letih...........

 
 
Jalan-jalan kat Zoo Negara tu memang seronok tambahan pulak kalau pergi bersama keluarga hinggakan tak sedar yang kecik-kecik ni semuanya dah letih.


Aiman sedang mengisi tangki minyak....he he he.......




Amalina tok leh nok celik mato doh.....




Care to comment?


Saturday, 15-Mar-2008 08:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia (Day 3 - part 1)

 
 
 
View all 38 photos...






Hari ni kami semua melawat Zoo Negara. Rasa-rasanya dah lama tak datang kat sini. Seronok betul Aiman dan Amalina. Kali ni kami dapat berkumpul satu keluarga. Kak Long sekeluarga, Kak Ngoh, Kak Irah dan Kak Izzah pun ada.

Sambil tengok zirafah, Amalina masih sempat berposing dengan gaya 'peacenya' tu.



Irsyad meronta-ronta minta dilepaskan. Tak syoklah orang lain boleh berjalan sendiri. Irsyad pulak didukung. Betul Tak Irsyad?



Inilah keluarga Aiman dan Amalina. Dari kiri : Kak Irah, Kak Ngoh, Amalina, Irsyad, Abah, Kak Izzah, Aiman, Mummy, Kak Long, Irdina dan Abang Imad.





Irdina Maisarah



Kak Irah dan Aiman.





>> outing kat zoo macam ni yang best...
>> penat tu memanglah...
>> tapi puas hati...
Sat 22-Mar-2008 18:20
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
gajah tu masih tinggal di banggunan yang lamalah................. Sun 23-Mar-2008 13:08
Posted by:ijulabi  - [Link]
eiii... best nye... memang ada hajat nk gi zoo, tp gak, tak dok masa lasung. tambah2 lagi tgh buat rumah ni, so, bajet kena plan betul2.
takpe...nanti baihaqi n darimi gi zoo, kite royak k.su.... jlelesnya...
Sun 23-Mar-2008 16:24
Posted by:cik azu ayulandari47@yahoo.com
Add comment


Friday, 14-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia (Day 2)

 
 
 
Petang semalam, kami bertolak pula ke Pahang. Sampai di Pahang lebih kurang jam 6.30 petang. Kat Pahang ni, kita orang bermalam di rumah Pok Su Li dan Che Su (adik lelaki abah Aiman dan Amalina). Rumahnya terletak di Perkampungan Bukit Ubi.

Aiman dan Amalina paling seronok sebab kat rumah Pok Su Li ni ada tangga ke tingkat atas....he he he. Rumah kita orang ni setingkat je. Mana le ada tangga tinggi. So...kerja Aiman dan Amalina ni ialah naik dan turun tangga.




Lihat le gelagat Aiman dan Amalina ni...





Ini le jadinya bila terlalu excited.

Care to comment?


Thursday, 13-Mar-2008 04:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia (Day 1 - Part 2)

 
 
 
View all 4 photos...


Hari ni genap le umur Amalina 3 tahun. Kebetulan masa tu kat Terengganu, jadi mummy cadangkan celebrate je birthday Amalina ni kat KFC.

Yang kelakarnya Aiman makan lebih banyak dari Amalina. Satu bekas large potato licin dimakan Aiman.



Ini lah gambar birthday girl.....Si Amalina. Malu-malu pulak dia ni.





Entry seterusnya........ke Pahang!

happy belated behday amalina
sama nama ngan my niece nih
Thu 20-Mar-2008 05:40
Posted by:dOd  - [Link]
Hi, New Shop are open now..Come & visit us ya..tq Thu 20-Mar-2008 07:27
Posted by:Shafiqah wanajy@hotmail.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 13-Mar-2008 02:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia (Day 1-part 1)

 
 
 
View all 7 photos...
Seawal jam 4 pagi mummy dah bangun. Begitu bersemangat nak gi exam PTK kat Terengganu. Walhalnya langsung tok baca buku. Aiman nga Amalina pun senang je bangun. Sebut je sape yang tak bangun, mummy tok sey bowok gi Ganu, terus celik mata. Sebenarnya Aiman dan Amalina ni rindu kat Chek Yah (Pengasuh mereka masa dok di Ganu).

Jam 5.30 pagi, kami sekeluarga bertolak ke Terengganu. Dalam perjalanan, mummy zzzzzz je. Sampai le kat Kg Raja baru tersedar. Tu pun sebab abah kejutkan mummy untuk solat subuh. Sampai di Terengganu lebih kurang jam 7.45 pagi.

Aiman dan Amalina bukan main seronok lagi masa sampai kat rumah Chek Yah. Kami sekeluarga bersarapan pagi di rumah Chek Yah. Mummy tinggalkan Aiman dan Amalina kat rumah Chek Yah masa gi exam tu.

Dalam perjalanan kat tempat exam tu, mummy pesan kat abah, tok soh gi jauh-jauh lah sebab mummy nak masuk dalam dewan sekejap jah. 20 minit nanti mummy keluarlah. Mummy exam PTK kat Sekolah Menangah Sains Kuala Terengganu kat Pasir Panjang. Mummy exam dalam kelas bukannya kat dewan. masuk je dalam kelas tu, relax je....maklumlah tak baca buku....he he he.. Tetiba...mummy ternampak kak CT Kamariah (kawan seperjuangan masa kat Padang Hiliran). Tup-tup Kak CT dok di belakang meja mummy. Rupa-rupanya angka giliran kami berdekatan je. Masa buat exam kejap je.....semua dah settle. Maklum le pakai tanda je. Tapi oleh kerana malu pada Kak CT ni, mummy batalkan lah niat nak keluar awal. Dok le termenung dalam bilik exam tu sampai jam 9 pagi.

Ni le gambar Sekolah tempat mummy exam. Gambar ni mummy download dari internet.


Lepas exam, mummy singgah jap kat pasar pagi sebelah Perpustakaan Negeri Terengganu. Then terus ke rumah Chek Yah. Masa kat rumah Chek Yah, Aiman sibuk dok bagi tahu mummy yang rumah lama kami, orang lain ambik. Sebenarnya rumah kami sewa dulu tu, tuan rumah dah jadikan kedai.

Tengok le Aiman dok mengintai rumah lama kami tu.


Aiman dan Amalina bersama Kak Ibah (kawan kat rumah sewa dulu)


Masa dok ambik gambar, Aiman tetiba je buat mulut hodoh ni. Katanya senaman mulut. Amalina yang tak boleh kalah tu terus buat senaman mata.




Lepas bertandang ke rumah Chek Yah, kami gi pulok ke kedai gunting. Nak gunting rambut Aiman tapi Aiman tak mahu rambutnya digunting. Tak hensem katanya. Tengoklah muka Aiman tu, masam mencuka.



Lepas gunting, mummy try ambik gambar Aiman dengan rambut barunya tapi Aiman terus tutup kepala dengan baju.


Care to comment?


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.